Blog yang padat dengan petua, rahsia dan helah memancing ikan dan udang galah paling mudah,murah, do-it yourself dan berkesan bagi mereka yang benar-benar gila memancing.
Sunday, November 10, 2013
Umpan : udang VS udang lipan
Diantara dua jenis umpan udang ini ada beberapa faktor yang perlu kita pertimbangan dalam memilih yang mana lebih baik.Kedua-dua jenis udang ini merupakan umpan yang terbaik dalam kelasnya, namun ada masanya kita perlu memilih mana yang lebih baik. 1) Udang lipan adalah lebih berdaya tahan dari udang biasa. Oleh itu jika anda ingin umpan yang lebih berdaya tahan pilihlah udang lipan.2)Ianya juga bergantung kepada spesis yang hendak diburu. Ada spesis yang lebih menggemari udang biasa dari udang lipan. Oleh itu kenali diet spesis anda.3) Rupa bentuk lokasi kawasan pemburuan anda samada berpasir, berbatu-batu atau pun berselut/berlumpur atau berdasar keras dan rata. Biasanya udang lipan lebih baik dikawasan yang berlumpur dan berpasir disebabkan habitat semulajadinya adalah saperti itu.Udang biasa pula lebih baik dikawasan berdasar rata dan berbatu-batu.
4)Udang lipan biasanya lebih digemari oleh kebanyakan spesis pemangsa berbanding dengan udang biasa disebabkan tabiat menyembunyikan dirinya didalam lubang yang mudah dikesan dari udang biasa yang lebih pandai dan bijak menyembunyikan diri dikawasan berbatu.5) Kekuatan arus juga memainkan peranan yang penting untuk menggunakan kedua-dua udang ini. Biasanya udang lipan lebih baik pada ketika air pasang besar dan udang biasa lebih baik pada ketika air pasang perlahan/ air mati.
No comments:
Post a Comment