Wednesday, March 19, 2014

Terapi Kumpau....!

Keywords TERAPI KUMPAU. Setiap pemancing walau betapa hebatnya dia, walau bergelar mahaguru sekalipun...pasti akan kumpau. Ini adalah kenyataan nya . Tidak ada pemancing yg boleh lari dari kekumpauan. Malahan ada yang seolah2 menerima sumpahan sehinggakan menjadi mimpi ngeri akibat kumpau berpanjangan. Sebenarnya kumpau itu indah kerana kita masih lagi dapat melihat, menatap dan berkongsi kegembiraan dgn kawan2 yg lain...biarpun pada hakikatnya ia adalah sesuatu yg menyakitkan jiwa dan perasaan setiap pemancing. Apabila musim kekumpauan melanda hidup kita, mahu tidak mahu kita mesti menelan hakikat itu biar mcm mana pahit sekalipun. Namun ramai pemancing yg give up/putus asa dan membiarkan diri diselubungi perasaan enggan mencari jalan untuk menghiburkan jiwa dan perasaan yg kumpau itu. Apa yang saya ingin sampaikan dalam artikel ini ialah terapi yg selalu saya lakukan bila musim kumpau melanda. Terapi ini banyak dillakukan oleh orang2 lama dulu sebagai satu hiburan untuk jiwa memancing. Terapi ini berbentuk reverse saikologi keatas minda dan jiwa pemancing. Jadi jika anda merasakan yg ianya tidak akan dapat menghiburkan dan menenangkan jiwa anda...sila abaikan saja. Kalau nak tahu hasil terapi ini keatas anda cubalah....! Begini caranya :- Siapkan diri anda untuk pergi memancing dengan melakukan perkara saperti dibawah. 1)Pilih hari yg terbaik, masa yg terbaik dan air yg terbaik utk anda memulakan terapi anda. Pilih juga lokasi favourite anda yang anda rasakan memang bertuah kepada anda. 2) Ambil dan bawa joran dan reel kesayangan anda yg anda rasakan benar2 membawa tuah malah tidak pernah menghampakan anda selama ini. 3)Bawa hanya dua mata kail saiz kecil untuk ikan kecil dan dua mata kail saiz besar untuk ikan besar, dua biji ladung hidup saiz sederhana dan satu swivel. Satu lagi mata kail dan satu lagi ladung untuk back up kalau putus. 4) Pasang set pancing anda dgn mata kail saiz kecil dulu. 5) Cari umpan cacing seekor sahaja. Gunakan umpan cacing untuk memancing ikan kecil. Dapat ikan kecil, bela supaya hidup dalam botol mineral pun boleh untuk buat umpan hidup. 6) Tukar set pancing anda kepada mata kail saiz besar. Cangkuk ikan kecil tadi dan buat umpan. 7) Lemparkan umpan anda kelokasi yg anda rasakan terbaik menurut naluri anda. 8) Tunggu umpan anda diragut ikan besar. Masa menunggu hanya dua jam sahaja. Jika selepas dua jam tidak ada sentuhan...kemas pancing anda dan balik rumah. Jika anda seorang bait caster, abaikan langkah 3,4 dan 6. Untuk langkah 5 bawa hanya satu sahaja gewang terbaik dan bertuah anda. Langkah 8 Casting lah selama dua jam sahaja. Jika misi anda berjaya mendaratkan ikan besar selama sesi terapi ini, anda akan dapat merasakan sesuatu yg tak dapat saya terangkan kegembiraan, keseronokan dan kepuasan jiwa anda. Jika anda gagal anda akan tahu dimana kesalahan anda selama ini yg menyebabkan anda kumpau kerana setiap langkah dan faktor telah dilakukan. Apa yg perlu ialah anda menyemak dan menilai diri anda serta mencari kesalahan yg telah anda lakukan. Jawapan yg anda dapat merupakan pengajaran dan pengalaman yg paling sempurna utk anda. Kesimpulannya, saya pernah dikatakan gila dan bodoh kerana terapi ini...tapi ianya sangat2 membahagiakan saya dan ikan yg paling besar dalam hidup saya yg pernah saya naikkan adalah melalui proses terapi ini. Malahan terapi ini juga telah banyak mengajar saya tentang dunia kehidupan seorang pemancing. Sehingga kini jika saya memancing saya hanya perlukan proses dan peralatan yg mudah ini sahaja sebagai persediaan saya. Kumpau itu memang indah....seindah larian dan kilauan ikan dibawah air. Selamat mencuba!

No comments:

Post a Comment