Blog yang padat dengan petua, rahsia dan helah memancing ikan dan udang galah paling mudah,murah, do-it yourself dan berkesan bagi mereka yang benar-benar gila memancing.
Wednesday, April 2, 2014
RYTHM/RENTAK PEMANCING
Keywords : RYTHM/RENTAK....Setiap pemancing pada suatu masa akan mengalami sindrom kehilangan rentak. Sindrom ini membuatkan setiap deria dan pancaindera kita kurang berkesan. Sindrom ini juga membuatkan pemancing tidak lagi enjoy dgn hobinya, malas dan mudah putus asa. Akibatnya kita menjadi kurang fokus, tidak berminat, hilang semangat dan setiap yg kita buat pasti tidak kena/tidak menjadi. TERAPI KUMPAU bukanlah jawapan sepanuhnya kepada sindrom ini, akan tetapi ianya sangat2 membantu. Berikut adalah perkara yg perlu anda pelihara dan lakukan supaya anda tidak kehilangan rentak.
1) Jangan jadi penggila pancing...memancing tanpa mengira waktu dan tempat. Ini tidak akan menjadikan anda seorang yg bijaksana kerana pemancing yg bijaksana tahu bila masa terbaik untuk memancing. Sikap penggila pancing ini hanya akan menghancurkan hidup anda dan famili anda yang akhirnya akan mengundang bermacam masalah kepada anda.
2) Tanamkan dalam diri anda yg anda memancing semata-mata untuk enjoy, keseronokan dan menghilangkan stress. Jika dapat ikan ianya adalah satu bonus.
3)Tanamkan dalam diri anda yg anda hanya memancing semata-mata kerana cinta nya anda pada dunia memancing. Bukannya kerana ingin mencari nama dan kemasyhuran.
4) Dalam dunia memancing tidak ada aura berfikiran negatif atau pun positif kerana anda berurusan dengan spesis akuatik...bukannya manusia... Yang ada hanya lah anda dan aura yang neutral. Oleh itu ENJOY!
5) Jadi lah diri anda sendiri, guna stail dan teknik anda sendiri. Cari identiti anda sendiri sebagai seorang pemancing hebat dgn cara dan gaya anda sendiri.
6) Jangan cuba untuk meniru atau menjadi saperti orang lain kerana usaha itu hanyalah pekerjaan yg sia-sia. Sampai mati pun anda tidak akan dapt menjadi saperti nya. Anda hanya membuang masa, uisa dan tenaga untuk itu. Sebaliknya belajar dan ambil iktibar ilmu2 memancing dari orang lain dan sesuaikan/adaptasikan dengan diri anda sesuai dgn bakat, kemampuan dan kemahiran yang anda miliki.
7) Peliharalah peribadi, pegangan dan pendirian anda. Keep a low profile.
8) Keluar dari comfort zone anda. Push your self to the limit. Dunia memancing anda adalah dunia anda dan ikan. Anda akan berkuasa dan selesa selagi anda tidak mencampuri urusan dunia memancing orang lain.
9) Banyakkan memberi, berkongsi dan menolong pemancing2 yang dahagakan ilmu dunia memancing. Anda tidak akan rugi kerana walau sebanyak mana pun ilmu yang anda curahkan dia tetap tidak boleh menjadi saperti anda. Dia masih perlu mencari identitinya sendiri.
AKHIR SEKALI yg paling penting dan utama....SOLAT LAH...jangan tinggal solat anda!
No comments:
Post a Comment