Blog yang padat dengan petua, rahsia dan helah memancing ikan dan udang galah paling mudah,murah, do-it yourself dan berkesan bagi mereka yang benar-benar gila memancing.
Thursday, April 3, 2014
isteri, rumahtangga dan pemancing
ISTERI, RUMAHTANGGA dan PEMANCING.....artikel ini panjang jadi sabarlah membacanya. Apa yg saya inginkan sampaikan disini adalah berdasarkan pengalaman saya bagi mendapatkan lesen besar dalam dunia memancing. Apabila kita berumahtangga kuasa memancing biasanya terletak pada PERTABI/BTTL ( untuk maksud pertabi/bttl ni sila rujuk pada penciptanya PakWi Nowee dari Komplot Aghas...salute pd anda Pakwi Nowee). Demi kehormanian rumahtangga, pemancing selalunya akur dgn keputusan isteri biarpun keputusan tersebut membuatkan sipemancing sentiasa memendam rasa kecewa....apa nak buat kan! Panduan ini merupakan garis panduan yg boleh membantu anda, saya tidak dapat menjamin kejayaan anda mendapat lesen besar tapi setidak-tidaknya peluang anda tetap ada dan masih terbuka untuk mencuba.
1) JANGAN sekali-kali menipu atau mengkhianati isteri anda atas alasan memancing kerana jika anda kantoi semua lesen anda akan di mansuhkan. Berterus-teranglah jika anda ingin keluar memancing, jika tidak dizinkan...sabar aje le!. Ingat sekali isteri anda hilang kepercayaannya pada anda, selama-lamanya isteri anda meragui dan tidak percaya pada anda.
2) Jadikan bapa mertua anda sahabat memancing terbaik anda. Pengalaman saya, ditahun pertama perkahwinan saya perkenalkan hobi memancing ini pada bapa mertua saya. Saya keluarkan segala modal yg perlu untuk peralatan dan trip2 memancing bersamanya...beratlah sikit peruntukan tu! Akhirnya bapa mertua saya menjadi teman memancing terbaik yang saya ada sehinggakan boleh kongsi sebatang rokok dan makan sepinggan. Faktor bapa mertua inilah yang akan menjamin kejayaan anda untuk memiliki lesen besar amat cerah disbbkan isteri anda akan rasa amat selamat jika anda keluar memancing dgn bapa nya. Malahan isteri anda tidak akan membantah sebaliknya akan merestui anda jika bapa mertua anda yg mengajak dan menganjurkan trip memancing bersamanya dan kawan anda. Jika hubungan menantu dan bapa mertua ini berterusan sehebat ini bertahun2 maka kepercayaan dan restu isteri anda akan tetap tersemat dihatinya biarpun bapa mertua anda sudah pergi meninggalkan anda. Seperkara lagi anda akan menjadi menantu terbaik , disayangi dan dihormati oleh mertua anda.
3) Jika anda tiada bapa mertua yg minat memancing , maka carilah abang, adik atau saudara mara sebelah isteri anda. Gunakan strategi yang sama...walaupun hasilnya tak sehebat strategi bapa mertua.
4) Perkenalkan hobi memancing ini pada isteri anda. Bawa mereka memancing bersama sekurang2nya sekali sebulan pada ketika air memang cantik, tarikh yang cantik dan lokasi yang cantik supaya peluang untuk mereka merasai tarikan ikan cerah. Jangan bawa mereka kelokasi yang menjemukan, menakutkan dan menyusahkan. Isteri anda pastinya tidak suka panas matahari dan gigitan nyamuk. Banyakkan beri info tentang dunia memancing terutamanya tentang corak2 air yg baik, tarikh2 yang baik dan lokasi2 yang baik untuk memancing kerana jika isteri anda arif tentang perkara ini maka dia akan lebih memahami dan tahu mengapa anda PERLU untuk memancing pada hari, tarikh dan lokasi ini.
5) Belajar menyiang dan memasak hasil tangkapan anda. Biasanya isteri anda suka memakan ikan yg segar dan besar tapi tidak suka untuk menyiangnya. Bantu isteri anda menyiangnya dan bantu juga dia memasaknya.
6) Buat perjumpaan atau mesyuarat untuk trip2 memancing dirumah anda. Jemput kwn2 dan isteri mereka kerumah anda dan perkenalkan mereka pada isteri anda. Sirratulrahim.
7) Adil lah pada isteri anda. Jika anda ingin membeli peralatan memancing pastikan isteri anda juga dibelikan sesuatu. Sebenarnya isteri tak meminta sesuatu yg mahal tapi cukup jika kita juga ingat padanya walaupun hanya dgn sehelai kain tudung...sebaik2nya bawa lah juga keluarga anda makan luar bersama.
8) Jika anda keluar untuk trip memancing, pastikan anda dapat restu isteri anda. Pastikan isteri anda juga tahu nombor telefon kwn2 yang mengikuti trip anda supaya anda senang untuk dihubungi jika sesuatu berlaku.
9) Sebelum membuat sebarang trip, berbincanglah dulu dgn isteri anda. Percayalah jika semua perkara diatas anda ikuti dgn jayanya pebincangan tersebut akan pasti menyebelahi anda.
10) Pastikan anda benar2 mahir dgn tarikh2 terbaik, corak2 air terbaik, lokasi2 terbaik dan teman2 pemancing terbaik anda kerana lesen besar anda banyak dipengaruhi dgn faktor2 ini. Ingat setiap isteri tidak suka suami penggila mancing, isteri mahukan suami yang bijak membahagikan dan mencari masa yang baik dan sesuai untuk memancing serta mempunyai teman2 memancing yang dihormatinya.
Bak kata pepatah bapa mertua saya dulu...saya tak takut isteri, saya sayang isteri saya dan saya sayang famili saya...jalan terbaik ialah adil kepada isteri dan bantulah isteri untuk memahami hobi kita. Selamat mendapat lesen besar.
No comments:
Post a Comment