Thursday, April 3, 2014

The fight/pertarungan dgn ikan

Keywords : THE FIGHT/PERTARUNGAN.... artikel ini sgt panjang, harap bersabar membacanya...artikel ini adalah strategi dan teknik yang selalu saya gunakan berdasarkan kepada pengalaman saya yg saya inginkan kongsikan didalam pertarungan dengan ikan. Info ni saya tujukan buat pemancing yang masih tercari-cari sentuhan dan kemahiran untuk berjuang dgn harapan dapat memberikan mereka ruang dan idea untuk mempraktikannya. Kepada pemancing2 hebat yg telah punya pengalaman, sentuhan dan kemahiran tersebut saya ucapkan syabas dan jika sudi berilah komen yang dapat membantu. Bagi saya setiap ikan yg strike tidak boleh di pandang ringan biar mcm mana kecil sekalipun. Saya berpegang kepada prinsip ‘ jangan memandang ringan setiap perjuangan ikan kerana mereka berjuang untuk hidup...sedangkan kita berjuang hanya untuk menawannya’. Perlu diingatkan yg setiap ikan mempunyai banyak teknik, strategi dan ruang untuk melepaskan dirinya didalam dunia airnya...sedangkan kita hanya bergantung hayat pada seutas tali mono/sulam. Jadi kebarangkalian untuk anda tewas adalah sgt2 tinggi. Ingatlah hampir 90% kegagalan memenangi pertarungan adalah disebabkan faktor memandang ringan/ under estimate dan over confident yang berpunca dari sikap kita sendiri sebagai pemancing. 1) Periksa, selenggara dan kemaskini peralatan anda dengan sebaik-baiknya. Perkara paling utama yg perlu diberi perhatian ialah tali. Pastikan tali anda cukup panjang untuk membiarkan ikan membawa dirinya ketika melarikan umpan. Pastikan tali tiada kerosakan dan kerekahan kerana tali2 begini hanya mengundang padah. Jika tali anda cukup panjang dan baik kondisinya, kerisauan anda tentang prestasi drag, joran dan mata kail anda dapat diminimakan kerana tali menjadi penyumbang utama yang boleh melemahkan ikan dalam pertarungan yang memakan masa yg lama dan panjang. Ingat! jika tali anda kurang......reel, joran dan mata kail terbaik sekalipun tidak akan dapat membantu anda jika larian ikan bagaikan peluru. Bagi saya didlm setiap pertarungan ikan yg punya larian saperti peluru adalah amat saya takuti berbanding ikan yang kuat bertahan dan melawan. Itu sbbnya saya sentiasa mengekalkan tali sebanyak mungkin didlm reel saya. 2) Dilokasi tempat memancing, anda hendaklah memerhati dan mengenal pasti kawasan yang paling sesuai untuk mendaratkan ikan anda. Pastikan juga halangan yg ujud di atas dan dibawah air. Pastikan juga kawasan yang paling selesa, kurang halangan dan dapat memberikan anda banyak kelebihan untuk anda larikan joran anda sewaktu bertarung. Ketika pertarungan ada masanya kita perlu bergerak mencari jalan bagi mengelakkan halangan2 dan kawasan2 yang lebih memihak kepada anda. Ingat! dunia daratan adalah kawasan pertarungan anda, jadi pastikan anda benar2 arif dan tahu kemana, dimana dan bila untuk menggunakan kelebihan itu dlm pertarungan. Jika anda gagal mengawal kawasan anda tewas adalah sesuatu yang pasti. Begitu juga diatas bot halangan2 ini perlu dikenal pasti dan dingati dgn sebaik mungkin kerna banyak benda2 yang menjadikan anda susah untuk bergerak disebabkan ruang yang terbatas. Satu perkara lagi yang benar2 menyusahkan pertarungan ialah semangat tidak sporting nya teman2 pemancing. Sikap tidak mahu mengarau dan mengangkat pancing masing2 ketika anda bertarung menambahkan lagi halangan2 yang menyusahkan pertarungan anda. 3) Jika anda memancing dikawasan yang sangat terbatas dan mempunyai banyak halangan yang pasti memihak kepada ikan maka strategi anda harus diubah kepada prestasi kekuatan tali, kekuatan drag dan kekuatan joran dan mata kail. Kekuatan ini perlu dipertingkatkan memandangkan anda hanya ada satu peluang saja untuk memenangi pertarungan yang lokasinya pada dasarnya sudah dimenangi oleh ikan. Didalam situasi begini setiap pertarungan harus memakan masa yang paling singkat dan jika perlu setiap pergerakan yang anda buat didalam pertarungan haruslah menuju lebih dekat kearah ikan. Naluri ikan adalah untuk lari dari anda, untuk itu anda tidak boleh hanya sekadar bertahan sebaiknya anda harus mencari jalan untuk pergi lebih dekat kepada ikan supaya masa pertarungan menjadi singkat dan peluang anda akan menjadi lebih baik. 4) Ketika pertarungan perkara pertama yang perlu anda buat ialah, clear your mind/kosongkan fikiran anda. Jangan berfikir atau bertanya pada diri anda ikan apa ni?...besar mana ni? Sebaliknya fokus pada pertarungan anda dan keep cool/ bertenang...relax. Apabila anda cool dan relax...andrenalin anda akan mula mengepam jantung dan setiap urat darah anda dalam situasi yang terkawal. Ini akan mengelakkan anda dari sifat panik dan dapat berfikir dgn baik dan bijaksana dan dapat mengawal ikan anda kekawasan selamat yang telah dikenalpasti tadi malah dapat membaca gerakan yang boleh menghalang anda kekawasan halangan2 anda. Andrenalin yang terkawal amat perlu didalam setiap pertarungan kerana kepuasan, kenikmatan dan memori kehebatan memancing terletak disini. Itu sbbnya selepas setiap pertarungan yang kita menangi tangan kita akan terus menggigil dan jantung terus berdegup kencang. Malahan jika tewas sekali pun kita masih juga terasa kehebatan andrenalin ini, kadang2 sehinggakan membawa kedalam tidur malam.....dan ianya tidak boleh dibeli. 5) Strategi pertarungan adalah sesuatu yang hanya akan ujud/timbul apabila anda cool, relax, tidak panik dan mempunyai andrenalin yang terkawal. Ia datang secara automatik kerana setiap deria ditubuh anda akan memberikan feedback atau tindakbalas yang paling positif tentang apa yang perlu anda buat. Namun untuk mendapatkan feedback ini anda perlulah mengisi minda anda dengan ilmu dan info sebagai yang telah dikupaskan diatas (perkara 1- 3) 6) Akhir sekali, saat2 pertarungan yang paling kritikal sekali ialah untuk memastikan samada ikan tersebut sudah lemah dan tewas ataupun ikan masih punya sisa tenaga terakhir untuk melepaskan diri dari jangkauan tangan/grip lips anda. Ini adalah faktor terakhir yang tidak diambil berat/peduli dan telah banyak mengecewakan pemancing. Dari pengalaman saya selagi ikan tersebut tidak timbul perutnya menghala keatas selagi itulah peluang untuk dia melepaskan diri adalah sangat2 cerah. Ingatlah ikan itu belum milik anda selagi ianya belum berada didalam kuali anda. 7) Saya lebih suka pertarungan yang lama dan panjang jika situasi dan lokasinya membenarkan kerana pertarungan begini lebih membawa nikmat dan nostalgia. Pertarungan yang lama dan panjang akan membawa lebih banyak kebarangkalian untuk anda memenangi pertarungan dari ikan yang hebat. Jika situasi dan lokasinya tidak membenarkan maka pertarungan yang singkat adalah satu2nya pilihan yg ada. Apa pun penuhilah dada dan minda anda dgn ilmu dan info memancing dgn sebaik2nya. Percayalah walaupun anda lupa tapi bila sampai masanya ia akan timbul secara automatik dgn syarat no.4 itu anda praktikan dgn sebaik2nya. Semoga sedikit sebanyak artikel ini dapat membantu membuka minda anda. Ingatlah seni memancing perlukan leverage, adaptasi, rhythm, deductions, instinct dan dan anticipations untuk berjaya. Artikel ini boleh anda dapati dalam files group Komplot Aghas. Maaf jika terkasar bahasa.

No comments:

Post a Comment