Dimensi pancingku.....yeh!

Saya sarankan anda supaya melihat archive di blog saya ini sebelum membaca post2 saya.Mulakan dengan archive yang paling awal sekali, kerana setiap post saya bersambung dari satu tajuk kesatu tajuk yang berkaitan secara turutan. cara ini akan memudahkan anda untuk memahami ilmu memancing ini dengan sebaik mungkin.
Memancing...kegilaan yang total! Hobi yang mengajar kita tentang kesabaran, ketelitian dan ketenangan yang tidak dapat dibeli dengan wang ringgit. Apa sebenarnya yang dicari...apakah ikan idaman yang diburu? Apakah kejuaraan yang dicari atau ianya merupakan satu jalan keluar dalam penyelesaian masalah kehidupan? Semuanya bukan!...sebenarnya apa yang dicari hanyalah sentuhan pertarungan dari si ikan. itulah yang di impikan, diburu dan dicari oleh setiap pemancing. Hakikatnya itulah pemancing, kegilaan yang merasakan panas bahang matahari itu sejuk, lapar dan dahaga itu biasa le!. Tidur hanyalah satu mimpi dan sanggup dilambung angin dan ombak. Tidak pernah merasa jemu biarpun tiada ikan meragut umpan. Gilakan...kan!

Apa yang perlu anda fahami tentang memancing!!

Fahamilah dan kenalilah dulu fungsi sebenarnya peralatan memancing sebelum mulai memancing. Pastikan anda faham dan dapat merasakan yang peralatan memancing anda adalah sebagai sebahagian dari diri anda. Perasaan itu amat penting kerana biasanya ia memudahkan kita untuk mengendalikannya malahan membawa tuah dan memihak kepada kita didalam setiap pertarungan.. Sebenarnya alat memancing direkacipta adalah untuk memudahkan kita bertarung dengan si ikan. Fungsi utamanya adalah untuk melemahkan daya ketahanan ikan. Ramai yang gagal dan kecewa kerana tewas sewaktu bertarung dengan ikan disebabkan kurang memahami peralatan pancing sendiri.Walaupun setiap peralatan mempunyai kelas daya beban dan ketahanannya yang tersendiri namun ianya bukan bererti ia dapat bertahan dengan sendirinya tanpa bantuan peralatan yang lain. Contohnya saperti tali berdaya tahan 20 lb ( 7 kg ) bukan bererti yang ianya mampu mengangkat naik ikan seberat 7kg, tapi sebenarnya mampu menahan daya sentakan dan larian ikan yang mempunyai daya seretan 7kg. Begitu jua dengan peralatan yang lain saperti kili, joran dan daya seretan ( drag ) kekili ( reel ) anda. Adalah tidak betul jika menggabungkan joran bersaiz berat ( heavy) dengan tali 15 lb dan kekili 5/0. Strategi dan teknik yang sebenarnya adalah dengan menggabungkan kekuatan peralatan ini secara total dan bersepadu, maka pertarungan tersebut akan lebih memihak kepada anda. Oleh itu pilihlah peralatan memancing anda dengan seimbang. Keseimbangan amat perlu bagi memastikan ada mempunyai lebih banyak peluang untuk menang. Apa yang sarankan di blog ini adalah sebagai panduan untuk mendapatkan keseimbangan peralatan memancing anda.
Pemancing yang bijak tahu bagaimana untuk menganggabungkan peralatannya untuk mendapatkan keseimbangan yang optimum.

KALENDAR MEMANCING OTAI

Fenomena semulajadi kehidupan laut dipengaruhi oleh peredaran bulan. Peredaran bulan jugalah yang bertanggungjawab keatas perubahan pasang surut air dan kekuatan arus air. Perubahan ini adalah faktor utama yang akan menentukan kejayaan pancingan anda. Tarikh – tarikh yang digunakan dikalendar ini hendaklah dirujuk kepada Kalendar Islam atau Kalendar Cina, disebabkan kedua-dua kalendar ini sajalah yang diatur menurut peredaran dan perubahan fasa bulan. Keunikan kalendar ini ialah ianya tidak akan berubah selagi adanya peredaran bulan. Kalendar ini bersifat sebagai rujukan anda sebelum merancang dan menetapkan trip memancing anda. Ianya telah digunakan dari generasi ke generasi sehingga kini.

Tarikh

Air

Arus

Lokasi memancing / Spesis sasaran

Umpan terbaik

1

Sgt Besar

Sgt Laju

Tepian pantai/kecil & sederhana

Cacing,umpun,fillet,udang

2

Besar

Laju

Tepian pantai/kecil& sederhana

Cacing,umpun,fillet,udang

3

Sederhana

Ideal

Tepian pantai/semua spesis

Cacing,umpun,fillet,udang

4

Perlahan

Cantik

Laut dalam / besar& sederhana

hidup,fillet,cacing

5

Mati

Pasif

Laut dalam / besar & sederhana

Umpan hidup,fillet

6

Mati

Pasif

Laut dalam / besar & sederhana

Umpan hidup,fillet

7

Mati

Pasif

Laut dalam / besar & sederhana

Umpan hidup,fillet

8

Mati

Pasif

Laut dalam / besar & sederhana

Umpan hidup,fillet

9

Perlahan

Cantik

Terbaik semua lokasi/semua spesis

hidup,fillet,cacing,umpun

10

Sederhana

Cantik

Terbaik semua lokasi/semua spesis

hidup,fillet,cacing,umpun

11

Sed Besar

Cantik

Baik semua lokasi /semua spesis

hidup,fillet,cacing,umpun

12

Sed Besar

Ideal

Tepian pantai/kecil & sederhana

Cacing,umpun,fillet,udang

13

Besar

Laju

Tepian pantai/kecil & sederhana

Cacing,umpun,fillet,udang

14

Besar

Laju

Tepian pantai/kecil & sederhana

Cacing,umpun,fillet,udang

15

Sgt besar

Sgt Laju

Tepian pantai/kecil & sederhana

Cacing,umpun,fillet,udang

16

Sgt Besar

Sgt Laju

Tepian pantai/kecil & sederhana

Cacing,umpun,fillet,udang

17

Sed Besar

Ideal

Baik semua lokasi/besar& sederhana

hidup,fillet,cacing,umpun

18

Sederhana

Cantik

Baik semua lokasi/besar & sederhana

hidup,fillet,cacing,umpun

19

Perlahan

Cantik

Baik semua lokasi/besar & sederhana

hidup,fillet,cacing,umpun

20

Mati

Pasif

Laut dalam/besar&sederhana

Umpan hidup,fillet

21

Mati

Pasif

Laut dalam/besar&sederhana

Umpan hidup,fillet

22

Mati

Pasif

Laut dalam/besar&sederhana

Umpan hidup,fillet

23

Perlahan

Cantik

Terbaik semua lokasi/semua spesis

Umpan hidup,fillet

24

Sederhana

Cantik

Terbaik semua lokasi/semua spesis

Umpan hidup,fillet

25

Sed Besar

Ideal

Baik semua lokasi/semua spesis

Umpan hidup,fillet

26

Sed besar

Ideal

Baik semua lokasi/semua spesis

Umpan hidup,fillet

27

Besar

Laju

Tepian pantai/kecil&sederhana

Cacing,umpun,fillet,udang

28

Besar

Laju

Tepian pantai/kecil &sederhana

Cacing,umpun,fillet,udang

29

Sgt Besar

Sgt Laju

Tepian pantai/kecil&sederhana

Cacing,umpun,fillet,udang

30

Sgt besar

Sgt Laju

Tepian pantai/kecil&sederhana

Cacing,umpun,fillet,udang






Download link
Kalender memancing otai

https://drive.google.com/file/d/0B5MQ2Q00yD3KY3N5Mk5CZ2RXcXM/edit?usp=sharing

Fail Data Umpan Cacing&Perumpun

https://drive.google.com/file/d/0B5MQ2Q00yD3KZy10dmRIc211Wlk/edit?usp=sharing

Panduan Umpan Tiruan

https://drive.google.com/file/d/0B5MQ2Q00yD3KMzdtT3hmWk15cGM/edit?usp=sharing

Gambar Umpan Tiruan pic

https://drive.google.com/file/d/0B5MQ2Q00yD3KZHo3dUdiR2N1Vjg/edit?usp=sharing




etika & kod emas pemancing

Etika dan kod emas pemancing
Pastikan mata kail anda sentiasa tajam.
Pastikan tali pancing anda tiada rekahan atau lipatan.
Pastikan kili (swivel) anda berfungsi dan berpusing dengan baik.
Pastikan setiap simpulan dibasahi dengan air sebelum anda menarik untuk mengetatkannya.
Pastikan joran dan kekili anda sentiasa didalam keadaan baik, basuh dengan air bersih setiap kali habis memancing. Servis dan bubuh gris setiap 3 bulan sekali.
Pastikan beg memancing anda mengandungi alatan wajib @ mata kail, kili (swivel ), ladung , tali perambut, pisau serbaguna , plier, lampu suloh, pembuka mata kail ( dimulut ikan ) batu pengasah kecil, gunting kecil dan pemetik api ( lighter ).
Pastikan umpan anda samada hidup atau mati sesuai dengan spesis yang di cari.
Buat catatan masa, tarikh, tempat dan umpan yang digunakan sekiranya anda mendapat ikan yang besar. Maklumat ini amat penting untuk memancing dimasa hadapan.
Fahamilah analogi peredaran bulan, matahari, pasang surut air dan perubahan air besar ke air mati.
Fahamilah hubungkait habitat umpan dan ikan pemangsa.
Fahamilah dan jagalah peralatan memancing anda dengan sebaik-baiknya kerana ia adalah talian hayat diantara anda dan si ikan.
Buat tinjauan dan dapatkan informasi sebaik mungkin dari penduduk tempatan sebelum memancing ditempat yang belum diterokai.
Amalkan sikap tangkap & lepas ( catch & release ) sekiranya anda tidak memerlukan ikan tersebut...terutamanya ikan kecil. Jangan jadikan mereka spesies yang terancam.
Pastikan perairan dan kawasan memancing bersih. Kekalkan kehijauan alam semulajadi.
SELAMAT MEMANCING!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Tuesday, June 16, 2015

Info Khas Buat Pemancing Jenggo

INFO KHAS BUAT PEMANCING JENGGO Udang galah alias jenggo merupakan spesis pemangsa yg sentiasa menjadi idaman kaki2 pancing. Memancing jenggo ini sebenarnya memerlukan ketelitian, kesabaran dan keseniannya yg tersendiri. Biasanya jenggo lebih mudah dipancing dgn menggunakan sampan atau perahu disbbkan mudah untuk beralih tempat dan mencari lubuk. Malangnya tidak ramai pemancing yg mampu memiliki atau pun menyewa sampan untuk mencari jenggo. Alternatif yg ada hanyalah dgn memancing dari tebing2 sungai , jeti2 kecil dan jambatan yg merentasi sungai. Saya bersama –sama dengan seorang otai udang dan seorang anak muda yg baru hendak mengenal dunia memancing jenggo telah melakukan kaji selidik tentang teknik, strategi dan bentuk aliran sungai yg disukai oleh jenggo sekiranya kita ingin memancing jenggo dari tebing, jeti dan jambatan. Kami juga membuat temubual dgn hampir setiap pemancing yg ditemui bagi mendapat maklum balas tentang tabiat dan habitat jenggo yg mereka ketahui dan kenali. Kaji selidik tersebut telah dilakukan selama hampir tiga bulan disetiap lokasi popular di Sungai Kerian, Perak. Tujuan kaji selidik tersebut adalah untuk membantu menyalurkan informasi bagi memudahkan pemancing jenggo yang memancing dari tebing, jeti dan jambatan. Faktor-faktor yg dititik beratkan didalam kaji selidik tersebut :- 1) Pengaruh perubahan suhu dan air kepada jenggo 2) Umpan2 yg menjadi kegemaran jenggo 3) Perambut2 yg terbaik untuk jenggo 4) Lokasi dan bentuk aliran air yg disukai jenggo Berikut adalah hasil kajiselidik yg telah kami jalankan, diharap ianya dapat membantu peminat2 jenggo didalam pemburuan mereka, terutamanya yg terpaksa memancing dari tebing, jeti dan jambatan. Jenggo bergerak dalam kumpulan dan adalah spesis haiwan yg tidak berhenti makan, mereka adalah spesis yg pelahap, mereka makan tanpa mengira waktu atau keadaan air. Cuma yg perlu kita ketahui ialah bila dan dimana kumpulan jenggo2 ini galak dan rakus memakan umpan. Pengaruh dan perubahan suhu dan air memainkan peranan yg paling penting kepada kerakusan jenggo memakan umpan. Suhu air yg sejuk akan membuatkan jenggo tidak galak memakan umpan. Keadaan ini akan membuatkan jenggo lebih suka berpindah ketempat2 yg lebih panas suhu airnya. Jenggo lebih galak memakan umpan pada ketika air beralih surut sehinggalah air surut sepenuhnya. Pada ketika air pasang penuh jenggo sukar dipancing kerana ia lebih suka memburu dibawah timbunan kayu kayan dan akar2 nipah dikawasan bertebing. Pada ketika air mulai surut jenggo akan keluar memburu dikawasan pertengahan sungai. Musim terbaik untuk memburu jenggo ialah pada ketika musim panas/kemarau. Jenggo juga menjadi galak jika cuaca panas selepas dua atau tiga hari hujan turun. Masa terbaik pula ialah ketika awal pagi hingga sebelum tengahari, lewat petang hingga keawal mlm. Umpan2 yg kami gunakan adalah umpan yg popular dan selalu digunakan oleh pemancing2 jenggo kawasan tersebut iaitu umpun2 nipah dan udang beras. Umpun2 nipah mestilah yg bersaiz kecil, yg hanya betul2 muat mata kail. Umpun2 yg bersaiz besar hanya akan merugikan anda malah kerap mengundang anak2 ikan mencurinya. Umpun2 ini adalah umpan universal untuk semua saiz jenggo. Udang beras pula amat digemari oleh jenggo yg berskala besar, malangnya udang beras ini sukar didapati. Ianya harus dipesan terlebih dahulu dari nelayan2 pemancing udang. Satu perkara yg perlu diambil kira dgn teliti ialah ketika memasang umpan pada mata kail pastikan umpan kemas dan muat betul2 mengikut bentuk mata kail, pastikan hujung mata kail sentiasa tajam dan keluar sedikit dari umpan. Jika menggunakan udang beras pastikan anda mencangkuk umpan dari ekor dan hujung mata kail keluar dari kepalanya. Kami menggunakan 6 jenis perambut mengikut keadaan aliran air, kawasan yg mudah sangkut , mudah dimakan jenggo dan saiz jenggo yg hendak dicari. Tali perambut berkekuatan 20 lb. Ladung bersaiz no. 5 dan no. 6. Mata kail berbentuk sabit bersaiz no. 3 & no. 4. 1) Ladung hidup pada tali utama, disambungkan dgn swivel sebagai stopper kepada perambut mata kail. Panjang perambut mata kail anggaran sejengkal. Hanya satu mata kail. Ianya amat popular dikawasan ini. Kadar tangkapan 80% untuk semua jenis saiz jenggo. 20% anak2 ikan. Kadar sangkut pd kayu dan akar 10%. Digunakan pada setiap jenis aliran air, terutamanya sewaktu air sedang beralih surut. 2) Ladung hidup pada tali utama, disambungkan dgn swivel sebagai stopper kepada perambut mata kail. Perambut mata kail bercabang dua dgn dua mata kail. Setiap satu panjang sejengkal. Kadar tangkapan 60 % untuk semua saiz jenggo. 40% anak2 ikan. Kadar sangkut pd kayu dan akar 50%. 3) Ladung hidup ditali utama, disambungkan dengan swivel kepada perambut mata kail panjang dua jengkal dimana setiap satu jengkal diikat dgn mata kail, satu diatas satu dibawah secara bertindan. Kadar tangkapan 50% saiz jenggo berskala besar. 20% saiz kecil dan sederhana. 30% anak2 ikan. Kadar sangkut 30%. 4) Tanpa ladung. Tali utama disambungkan dgn swivel bersaiz besar 2/0 atau 3/0 kepada perambut satu mata kail panjang sejengkal. Kadar tangkapan 80% untuk semua jenis saiz jenggo. 20 % anak2 ikan. Kadar sangkut pd kayu dan akar 10%. Amat baik digunakan pada tempat yg berkayu dan berakar, terutamanya ketika air sudah pasang penuh. 5) Ladung hidup diletakan pada tali perambut sepanjang dua jengkal. Pada jarak satu jengkal diletakkan stopper bagi menahan ladung. Mata kail diikat dihujung perambut. Perambut ini kemudiannya disambungkan pd tali utama dgn swivel. Kadar tangkapan 60% untuk saiz berskala besar. 30 % saiz kecil dan sederhana. 10% anak2 ikan. Kadar sangkut pada akar dan kayu 20%. Digunakan untuk semua aliran air. 6) Perambut saperti perambut ikan dilaut, dgn satu mata kail dan ladung di sebelah bawah. Kadar tangkapan 50% untuk semua saiz jenggo. 50% anak2 ikan. Kadar sangkut 30%. Jadi terpulanglah pada anda untuk meneliti statistik perambut ini. Statistik ini berdasarkan kepada kekerapan tangkapan yg telah dibuat menggunakan dua batang joran setiap seorang. Semoga data statistik ini dpt membantu anda memilih perambut yg sesuai dgn pemburuan anda. Lokasi dimana jenggo kerap galak memakan umpan adalah dikawasan dimana terdapat aliran air yg membentuk teluk, dikawasan bertebing yg dalam, dasar berlurah dan berbonggol dan di kawasan yg mempunyai kayu kayan dan akar2 tenggelam. Jenggo mempunyai berbagai cara memakan umpan, ada yg ganas, ada yg lemah lembut dan ada yg makan secara diam. Cara terbaik adalah dgn kerap memeriksa pancing anda. Berikan perhatian kepada setiap joran yg ada. Jika anda ingin menjadi pemancing jenggo yg baik, anda tidak boleh malas. Anda harus selalu bertukar tempat sekiranya jenggo tidak ramah disatu2 kawasan. Seperkara lagi sekiranya banyak jenggo yg galak memakan umpan di satu2 kawasan itu , anda hendaklah sentiasa berwaspada kerana banyak jenggo bererti adalah kawan baiknya sang bedal. Semoga info ini dapat membantu pemancing jenggo semua. Selamat menjenggo!

1 comment:

  1. Bahaya jg noo mengai udang galah ni
    https://kilimadventure.com/#

    ReplyDelete