Dimensi pancingku.....yeh!

Saya sarankan anda supaya melihat archive di blog saya ini sebelum membaca post2 saya.Mulakan dengan archive yang paling awal sekali, kerana setiap post saya bersambung dari satu tajuk kesatu tajuk yang berkaitan secara turutan. cara ini akan memudahkan anda untuk memahami ilmu memancing ini dengan sebaik mungkin.
Memancing...kegilaan yang total! Hobi yang mengajar kita tentang kesabaran, ketelitian dan ketenangan yang tidak dapat dibeli dengan wang ringgit. Apa sebenarnya yang dicari...apakah ikan idaman yang diburu? Apakah kejuaraan yang dicari atau ianya merupakan satu jalan keluar dalam penyelesaian masalah kehidupan? Semuanya bukan!...sebenarnya apa yang dicari hanyalah sentuhan pertarungan dari si ikan. itulah yang di impikan, diburu dan dicari oleh setiap pemancing. Hakikatnya itulah pemancing, kegilaan yang merasakan panas bahang matahari itu sejuk, lapar dan dahaga itu biasa le!. Tidur hanyalah satu mimpi dan sanggup dilambung angin dan ombak. Tidak pernah merasa jemu biarpun tiada ikan meragut umpan. Gilakan...kan!

Apa yang perlu anda fahami tentang memancing!!

Fahamilah dan kenalilah dulu fungsi sebenarnya peralatan memancing sebelum mulai memancing. Pastikan anda faham dan dapat merasakan yang peralatan memancing anda adalah sebagai sebahagian dari diri anda. Perasaan itu amat penting kerana biasanya ia memudahkan kita untuk mengendalikannya malahan membawa tuah dan memihak kepada kita didalam setiap pertarungan.. Sebenarnya alat memancing direkacipta adalah untuk memudahkan kita bertarung dengan si ikan. Fungsi utamanya adalah untuk melemahkan daya ketahanan ikan. Ramai yang gagal dan kecewa kerana tewas sewaktu bertarung dengan ikan disebabkan kurang memahami peralatan pancing sendiri.Walaupun setiap peralatan mempunyai kelas daya beban dan ketahanannya yang tersendiri namun ianya bukan bererti ia dapat bertahan dengan sendirinya tanpa bantuan peralatan yang lain. Contohnya saperti tali berdaya tahan 20 lb ( 7 kg ) bukan bererti yang ianya mampu mengangkat naik ikan seberat 7kg, tapi sebenarnya mampu menahan daya sentakan dan larian ikan yang mempunyai daya seretan 7kg. Begitu jua dengan peralatan yang lain saperti kili, joran dan daya seretan ( drag ) kekili ( reel ) anda. Adalah tidak betul jika menggabungkan joran bersaiz berat ( heavy) dengan tali 15 lb dan kekili 5/0. Strategi dan teknik yang sebenarnya adalah dengan menggabungkan kekuatan peralatan ini secara total dan bersepadu, maka pertarungan tersebut akan lebih memihak kepada anda. Oleh itu pilihlah peralatan memancing anda dengan seimbang. Keseimbangan amat perlu bagi memastikan ada mempunyai lebih banyak peluang untuk menang. Apa yang sarankan di blog ini adalah sebagai panduan untuk mendapatkan keseimbangan peralatan memancing anda.
Pemancing yang bijak tahu bagaimana untuk menganggabungkan peralatannya untuk mendapatkan keseimbangan yang optimum.

KALENDAR MEMANCING OTAI

Fenomena semulajadi kehidupan laut dipengaruhi oleh peredaran bulan. Peredaran bulan jugalah yang bertanggungjawab keatas perubahan pasang surut air dan kekuatan arus air. Perubahan ini adalah faktor utama yang akan menentukan kejayaan pancingan anda. Tarikh – tarikh yang digunakan dikalendar ini hendaklah dirujuk kepada Kalendar Islam atau Kalendar Cina, disebabkan kedua-dua kalendar ini sajalah yang diatur menurut peredaran dan perubahan fasa bulan. Keunikan kalendar ini ialah ianya tidak akan berubah selagi adanya peredaran bulan. Kalendar ini bersifat sebagai rujukan anda sebelum merancang dan menetapkan trip memancing anda. Ianya telah digunakan dari generasi ke generasi sehingga kini.

Tarikh

Air

Arus

Lokasi memancing / Spesis sasaran

Umpan terbaik

1

Sgt Besar

Sgt Laju

Tepian pantai/kecil & sederhana

Cacing,umpun,fillet,udang

2

Besar

Laju

Tepian pantai/kecil& sederhana

Cacing,umpun,fillet,udang

3

Sederhana

Ideal

Tepian pantai/semua spesis

Cacing,umpun,fillet,udang

4

Perlahan

Cantik

Laut dalam / besar& sederhana

hidup,fillet,cacing

5

Mati

Pasif

Laut dalam / besar & sederhana

Umpan hidup,fillet

6

Mati

Pasif

Laut dalam / besar & sederhana

Umpan hidup,fillet

7

Mati

Pasif

Laut dalam / besar & sederhana

Umpan hidup,fillet

8

Mati

Pasif

Laut dalam / besar & sederhana

Umpan hidup,fillet

9

Perlahan

Cantik

Terbaik semua lokasi/semua spesis

hidup,fillet,cacing,umpun

10

Sederhana

Cantik

Terbaik semua lokasi/semua spesis

hidup,fillet,cacing,umpun

11

Sed Besar

Cantik

Baik semua lokasi /semua spesis

hidup,fillet,cacing,umpun

12

Sed Besar

Ideal

Tepian pantai/kecil & sederhana

Cacing,umpun,fillet,udang

13

Besar

Laju

Tepian pantai/kecil & sederhana

Cacing,umpun,fillet,udang

14

Besar

Laju

Tepian pantai/kecil & sederhana

Cacing,umpun,fillet,udang

15

Sgt besar

Sgt Laju

Tepian pantai/kecil & sederhana

Cacing,umpun,fillet,udang

16

Sgt Besar

Sgt Laju

Tepian pantai/kecil & sederhana

Cacing,umpun,fillet,udang

17

Sed Besar

Ideal

Baik semua lokasi/besar& sederhana

hidup,fillet,cacing,umpun

18

Sederhana

Cantik

Baik semua lokasi/besar & sederhana

hidup,fillet,cacing,umpun

19

Perlahan

Cantik

Baik semua lokasi/besar & sederhana

hidup,fillet,cacing,umpun

20

Mati

Pasif

Laut dalam/besar&sederhana

Umpan hidup,fillet

21

Mati

Pasif

Laut dalam/besar&sederhana

Umpan hidup,fillet

22

Mati

Pasif

Laut dalam/besar&sederhana

Umpan hidup,fillet

23

Perlahan

Cantik

Terbaik semua lokasi/semua spesis

Umpan hidup,fillet

24

Sederhana

Cantik

Terbaik semua lokasi/semua spesis

Umpan hidup,fillet

25

Sed Besar

Ideal

Baik semua lokasi/semua spesis

Umpan hidup,fillet

26

Sed besar

Ideal

Baik semua lokasi/semua spesis

Umpan hidup,fillet

27

Besar

Laju

Tepian pantai/kecil&sederhana

Cacing,umpun,fillet,udang

28

Besar

Laju

Tepian pantai/kecil &sederhana

Cacing,umpun,fillet,udang

29

Sgt Besar

Sgt Laju

Tepian pantai/kecil&sederhana

Cacing,umpun,fillet,udang

30

Sgt besar

Sgt Laju

Tepian pantai/kecil&sederhana

Cacing,umpun,fillet,udang






Download link
Kalender memancing otai

https://drive.google.com/file/d/0B5MQ2Q00yD3KY3N5Mk5CZ2RXcXM/edit?usp=sharing

Fail Data Umpan Cacing&Perumpun

https://drive.google.com/file/d/0B5MQ2Q00yD3KZy10dmRIc211Wlk/edit?usp=sharing

Panduan Umpan Tiruan

https://drive.google.com/file/d/0B5MQ2Q00yD3KMzdtT3hmWk15cGM/edit?usp=sharing

Gambar Umpan Tiruan pic

https://drive.google.com/file/d/0B5MQ2Q00yD3KZHo3dUdiR2N1Vjg/edit?usp=sharing




etika & kod emas pemancing

Etika dan kod emas pemancing
Pastikan mata kail anda sentiasa tajam.
Pastikan tali pancing anda tiada rekahan atau lipatan.
Pastikan kili (swivel) anda berfungsi dan berpusing dengan baik.
Pastikan setiap simpulan dibasahi dengan air sebelum anda menarik untuk mengetatkannya.
Pastikan joran dan kekili anda sentiasa didalam keadaan baik, basuh dengan air bersih setiap kali habis memancing. Servis dan bubuh gris setiap 3 bulan sekali.
Pastikan beg memancing anda mengandungi alatan wajib @ mata kail, kili (swivel ), ladung , tali perambut, pisau serbaguna , plier, lampu suloh, pembuka mata kail ( dimulut ikan ) batu pengasah kecil, gunting kecil dan pemetik api ( lighter ).
Pastikan umpan anda samada hidup atau mati sesuai dengan spesis yang di cari.
Buat catatan masa, tarikh, tempat dan umpan yang digunakan sekiranya anda mendapat ikan yang besar. Maklumat ini amat penting untuk memancing dimasa hadapan.
Fahamilah analogi peredaran bulan, matahari, pasang surut air dan perubahan air besar ke air mati.
Fahamilah hubungkait habitat umpan dan ikan pemangsa.
Fahamilah dan jagalah peralatan memancing anda dengan sebaik-baiknya kerana ia adalah talian hayat diantara anda dan si ikan.
Buat tinjauan dan dapatkan informasi sebaik mungkin dari penduduk tempatan sebelum memancing ditempat yang belum diterokai.
Amalkan sikap tangkap & lepas ( catch & release ) sekiranya anda tidak memerlukan ikan tersebut...terutamanya ikan kecil. Jangan jadikan mereka spesies yang terancam.
Pastikan perairan dan kawasan memancing bersih. Kekalkan kehijauan alam semulajadi.
SELAMAT MEMANCING!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Monday, June 15, 2015

Kebodohan Pemancing

Kalau kail panjang sejengkal jgn diduga lautan dalam. Pepatah ini merujuk kepada ilmu memancing dan kebodohan pemancing. Rata2 pemancing lupa yang kebodohan sendiri adalah faktor utama yang menyumbang kepada permasaalahan kumpau dan kerugian peralatan memancing, masa dan wang ringgit.. Hari ini saya ingin bercerita tentang kebodohan hasil dari pengalaman saya dan akibat dari kebodohan itu saya banyak belajar dan dapat membuat anticipation@jangkaan yang baik dlm tiap trip dan perancangan memancing saya. Tidak mahu atau enggan menerima nasihat dan kritikan dari teman2 pemancing yg sudah lama berkecimpung dalam dunia memancing adalah faktor utama kebodohan ini. Memandai sendiri atas dasar ego, akibatnya kita melakukan banyak kesalahan dan kesilapan diatas kebodohan kita sendiri @ silly mistake. Tiap2 sesuatu yang melibatkan ilmu memancing memerlukan kemahiran. Ianya juga memerlukan kemampuan kita utk membuat jangkaan@anticipation tentang apa yang akan berlaku seterusnya ketika memancing. Berikut adalah kebodohan2 yang dapat saya senaraikan. Jika ada yang terasa, maafkan saya. Bagi saya mengakui dan menerima fakta kebodohan adalah jalan terbaik utk menjadi bijak dan pandai. Pemilihan peralatan yang tidak mengukur baju di badan sendiri. Bukan saja dari segi wang ringgit malahan kemampuan dan skill utk menguasai peralatan tersebut. Sebaik2nya bertatihlah dulu, baru merangkak, berjalan dan kemudiannya berlari. Dapatkan info yang sewajar dan sepatutnya sebelum membeli, tanyakan soalan pada diri sendiri...berbaloikah aku membelinya dan dapatkah aku menguasai skill yang diperlukan utk nya, malahan sudah adakah sumber rujukan ataupun sifu2 yang dapat membantu aku nanti? Janganlah anda membeli peralatan hanya diatas dasar ingin gah dan dipandang hebat... kerana akhirnya kebodohan itu akan memakan diri anda sendiri. Bercerita tentang diri sendiri yang tahu itu dan ini, indah khabar dari rupa. Apa yang ada pd kita semuanya betul, orang lain tak betul. Ramai yang bersikap saperti ini. Akibatnya selama-lamanya kita akan hidup dlm kebodohan kerana kita sendiri tidak mengizinkan orang lain utk membantu malahan orang lain juga takut utk menegur kita bila kita melakukan kebodohan. Dan yang paling ditakuti ialah bila orang lain tidak mahu turut serta atau pun menjemput anda ke sebarang trip memancing. Amalkanlah sikap merendah diri, banyak kan bertanya dan belajar. Bertanya bukan bererti kita bodoh tapi menunjukan yang kita bijak dalam mencari ilmu. Suka memperlekehkan teknik dan cara orang lain memancing. Kebodohan ini akan menyekat minda kita utk mencuba sesuatu yang baharu. Sepatutnya kita bertanya dan belajar mengapa teknik dan cara ini begini, barulah bijak kerna kita mendapat sesuatu ilmu yang baru. Ilmu memancing sgt luas dan ada kalanya ianya terlalu orthodoks namun hasilnya sgt mengkagumkan. Gagal untuk membaca jangkaan apa yang akan berlaku ketika memancing adalah kebodohan yang nyata pd dri sendiri. Ia biasanya mengajar kita menjadi bijak melalui pengalaman sendiri. Sudah kena baru tahu kata orang tua2 dulu. Berikut adalah "silly mistake" atau kebodohan yg telah mengajar saya selama ini sbb kita tidak pernah tahu bila dan sebesar mana ikan yg akan strike. 1) Gagal utk bersedia dgn info tentang pergerakan air besar atau air mati. Main serbu je! 2) Gagal utk menyediakan umpan yg sepatutnya sebelum memancing, hanya berharap dgn kwn2 atau beli dikedai2 yg belum tentu ada stok. Tidak mahu belajar cara2 mencari umpan dan menjala umpan bagi saya adalah sesuatu yang tidak bijaksana. 3) Gagal utk mengikat joran anda dgn baik ketika pacak utk menunggu ikan strike. Akibatnya joran dan reel anda terjun kelaut @ air. 4) Gagal utk set up drag yg ideal ketika pacak utk menunggu ikan strike. Akibatnya tali anda boleh snap dah putus. Tali anda akan kehabisan dlm spool. Juga boleh menyebabkan joran dan reel anda terjun kelaut@air. 5) Gagal utk menguasai kemahiran bc. Kaki2 bc casting kerap kehilangan rod dan reel jatuh kedlm air. Ini disbbkan kerana tidak menggunakan rod pistol grip ketika casting, lenturan yang kuat dari asakan ikan dan air yang licin pd bc boleh menyebabkan pegangan @ palming anda terlucut. Begitu juga sentakan atau rentapan yg kuat ketika hendaklah melepaskan tali atau lure yang tersangkut juga boleh membuatkan palming anda terlepas. Sebaik2nya peganglah pada tali dihujung rod anda jika berlaku tali@lure anda tersangkut atau pun gunakan teknik menarik tali dan melepaskan saperti spring.Teknik ini dilakukan dgn cara meluruskan rod sejajar dgn tempat tersangkut dan tali ditarik pd tempat tali mulai keluar dari guide anda. 6) Gagal utk menguasai skill bertarung@fight. Ketika fight pastikan satu tangan anda memegang joran dibahagian atas reel anda ditempat yang ada sponge. Satu tangan lagi pd reel. Rod butt hendaklah dipacak kan dipinggang anda. Ini akan memudahkan anda untuk mengubahsuai pertarungan anda jika ikan mengubah strategi lariannya. 7) Gagal utk menjaga simpanan umpan hidup anda dgn baik. Akibatnya semua umpan simpanan mati. Ini adalah faktor utama yang perlu diberikan keutamaan bila memancing. 8) Suka jadi hero, ini adalah satu faktor yg boleh menggugat keselamatan diri sendiri. Adalah sgt2 tidak berbaloi membahayakan diri sendiri hanya kerana perambut anda dan ikan anda tersangkut di lubuk. 9) Suka meletakkan mata pancing dan perambut mata kail merata2. Sangat2 membahayakan keselamatan anda terutamanya jika memancing boat base. 10)Sikap memandang rendah terhadap kekuatan ikan. Sikap ini boleh membuatkan anda berputih mata. Hormatilah kekuatan ikan yg strike walau sebesar mana sekalipun kerana perjuangan nya adalah utk melepaskan diri utk terus hidup atau mati. 11) Sangat2 mempercayai kekuatan@poundage tali anda terutamanya braided laine sehinggakan anda lupa yang kekuatan sebenar pancing anda ialah pada ikatan dan keberkesanan swivel@kili yang anda gunakan. 12) Utk boat base pula, gagal utk menyediakan sauh spare, gagal utk mengikat tali anak pd sauh dan gagal utk bersedia dgn tali yg cukup panjang utk kegunaan sauh juga boleh memusnahkan trip anda. Selamat menjadi bijaksana....he...he..he!

No comments:

Post a Comment