Blog yang padat dengan petua, rahsia dan helah memancing ikan dan udang galah paling mudah,murah, do-it yourself dan berkesan bagi mereka yang benar-benar gila memancing.
Monday, June 15, 2015
Pemilihan tali pancing
Saya ingin berkongsi info tentang tali pancing pula dgn harapan dpt membantu anda dlm membuat pilihan tali pancing yg baik dgn harga patut.
Tali pancing merupakan talian hayat yg memisahkan pemancing dgn ikan. Kriteria tali yang baik ialah ianya harus mempunyai daya anjakan yg baik, kurang stress dan dpt bertahan dgn baik dibawah tekanan . Yg paling penting ialah diameternya kecil dan poundage nya tinggi.
Tali pancing yg popular terbahagi tiga. Braided@sulam, monofilament dan yg terbaru monofilament/polimer yg mengandungi 70%-80% florocarbon. Biasanya tali braided amat mahal dan digunakan pd reel2 yg spoolnya berkapasiti rendah saperti lpbc. Kelemahan kekurangan kapasiti tali dlm spool dpt di perkuatkan dgn tali braided. Tali braided amat kuat dan sukar utk putus akan tetapi ia tidak anjal. Ia juga sgt tajam dan boleh merosakkan cincin rod anda. Anda perlukan rod dgn cincin yg baik utk tali braided. Ia akan menimbulkan banyak masalah jika sangkut dimana penyelesaiannya ialah dgn cara memotongnya. Akibatnya tali anda akan kurang dan anda akan kerugian masa dan wang . Oleh itu jika anda bercadang utk menggunakan tali braided pastikan lokasi anda dan spesis sasaran anda mmg sesuai utk nya.
Monofilament x perlu diperkenalkan lagi, sememangnya ia adalah tali all rounder yg murah dan menjadi pilihan utama setiap kaki pancing yg tahu keistimewaan nya. Tali teknologi florocarbon pula adalah sesuatu yg baru dan masih dlm penyesuaian dikalangan kaki2 pancing malahan saya sendiri sedang mencuba nya pd salah satu reel saya.
Poundage pd tali bukan bererti kekuatan utk menahan berat ikan, akan tetapi kekuatan utk menahan daya sentapan dan seretan ikan. Sebagai contoh jika poundage tali 20 lb bukan bererti ia dpt menahan ikan seberat 20 lb. Tapi sebaliknya ia dpt menahan ikan yg mempunyai daya sentapan dan seretan sebanyak 20 lb biarpun ikan itu kecil sahaja.
Secara peribadi saya lebih suka menggunakan tali monofilament yg diameter nya kecil dan poundagenya sekitar 15-20 lb utk reel saya. Ini akan membuatkan kapasiti tali lebih banyak didlm spool. Kapasiti tali yg banyak dpt membuatkan saya lebih mudah bertahan dgn cara memberi lebih banyak tali kepada ikan sehingga ikan lemah dgn sendirinya. Pilihan tali monofilament saya biasanya yang lembut, diameter rendah dan tidak mudah patah. Tali monofilament sgt anjal, mudah dikendalikan terutamanya bila terkena air. Kelemahan nya ialah mudah putus jika terkena batu2 yg tajam dan bila ditarik ketika tersangkut. Jadi terpulanglah pd anda utk membuat pilihan.
No comments:
Post a Comment