Blog yang padat dengan petua, rahsia dan helah memancing ikan dan udang galah paling mudah,murah, do-it yourself dan berkesan bagi mereka yang benar-benar gila memancing.
Monday, June 15, 2015
Setup rod dan reel
Hari ini saya ingin bercerita tentang set dan set up memancing berdasarkan kpd pengalaman saya memancing selama ini. Apa yg ingin saya sampaikan ini adalah utk set up pemangsa2 biasa. Bukannya utk pemangsa2 yg heavy duty. Artikel ini bukan utk mengajar, ianya hanya sebagai panduan. Mana yg baik dan berkenan dihati jadikanlah panduan, mana yg tak berkenan dihati abaikan saja. Semoga ianya meringankan perbelanjaan anda dlm memilih set up yg baik.
Rod dan reel tidak dpt dipisahkan. Jika kita harus memilih diantara rod dan reel disbbkan bajet yg x mencukupi. Utamakan lah rod. Ini disbbkan rod lebih utama dan penting peranannya ketika berjuang. Rod yg baik harus berfungsi sebagai penyerap sentapan, larian dan seretan ikan. Jika fungsinya baik, ia akan mudah melemahkan ikan dan tidak akan mendtgkan stress pd tali dan reel, malahan peluang utk menang juga tinggi. Banyak rod dipasaran yg mempunyai ciri2 ini. Ada yg berjenama dan ada yg tidak, namun yg perlu dipastikan ialah sejauh mana lenturannya dpt menahan asakan dan keupayaan nya utk melemahkan ikan. Secara peribadi saya lebih selesa dgn 2 pcs rod. Lenturannya bagi saya haruslah mencapai sekurang2nya 2-3 inci diatas tempat sambungan. Saya tidak pernah mencari rod berdasarkan poundage@pe@jenama. Bagi saya rod walaupun cap ayam ianya harus menepati lenturan yg dikehendaki. Saya juga tidak pilih bulu pd material buatan rod kerana keanjalan dan keupayaan lenturan rod bukan pd material nya, tapi pada panjang dan sudut lingkaran penguncupan buatan rod itu sendiri. Jika sudut penguncupannya baik maka daya lenturan nya mmg baik. Material hanya utk menentukan berat atau ringan sesuatu rod, biarpun ada sedikit perbezaan dari segi kekuatan material namun ianya bukanlah sesuatu yg harus dititik beratkan.
Reel, fungsi utama nya adalah utk menyimpan, mengarau dan mengawal tali. Setiap reel dilengkapi dgn sistem seretan@drag yg berfungsi sebagai kaedah utk mengawal kecepatan tali dikeluarkan ketika berjuang. Sistem drag yg baik dpt memperlahankan pengeluaran tali dari spool dan ini secara langsung akan melemahkan larian ikan. Namun sistem drag hanya dpt berfungsi dgn baik jika lenturan rod anda juga berfungsi dgn baik. Dalam set up yg baik, drag haruslah berupaya mengeluarkan tali secara perlahan2 HANYA setelah rod mencapai lenturan maksimanya. Jika rod gagal melentur dgn baik pd takat maksima maka drag reel akan menerima stress dan beban yg tinggi. Ini akan merosakkan mekanisma reel. Perlu diingatkan beban seretan ikan wajib diserap oleh lenturan rod dahulu dan bakinya ialah pd drag reel. Jika lenturan rod berfungsi dgn baik, fungsi drag menjadi minima dan reel hanya akan berfungsi sebagai pengarau dan menyimpan tali.
Reel biarpun cap ayam harus mempunyai luas permukaan drag washer@material yg besar dan mempunyai lapisan2 material yg disusun dgn baik. Kebanyakan pembuat menitikberatkan tentang drag ini dlm setiap keluaran reel mereka, biarpun ianya murah namun pembuat akan memastikan ianya berfungsi dgn baik. Yg perlu diberi perhatian ialah set up saperti yg telah saya nyatakan diatas biarpun joran dan reel anda bukan high end.
No comments:
Post a Comment