Blog yang padat dengan petua, rahsia dan helah memancing ikan dan udang galah paling mudah,murah, do-it yourself dan berkesan bagi mereka yang benar-benar gila memancing.
Monday, June 15, 2015
Sekilas ikan diair satu pandangan positif
Saya terpanggil utk menulis rencana ini sebagai santapan minda dgn harapan mungkin dpt mengubah persepsi ataupun paradigma para2 pemancing sekelian. Dunia memancing bukan lagi saperti dulu, sekarang dunia memancing sudah menjadi hobi yg sangat mahal yg memerlukan pengorbanan yg bukan sedikit dari segi wang ringgit dan tanggungjawab keluarga. Kita semua sekarang ini sedang dihimpit permasalahan ekonomi yg diibaratkan ditelan mati emak diluahkan mati bapa. Mungkin ramai pemancing yg kurang atau tidak sedar akan hakikat ini, namun ianya benar2 menghantui dunia memancing. Bagi pemancing2 yg berkemampuan faktor ini adalah sesuatu yg remeh sahaja, tapi bagaimana pula dengan pemancing yg kurang mampu.
Jika dilihat dari segi hasil tangkapan rata2 boat base adalah lebih banyak membawa hasil dari land base. Post2 di fb juga lebih banyak dikuasai oleh hasil2 boat base. Begitu juga dgn peminat2 casting, lokasi2 yg diterokai sudah mulai jauh kekawasan yg lebih terpencil dan sukar utk dimasuki baru boleh berhasil.
Jika diteliti senario ini memerlukan perbelanjaan yg cukup tinggi sedangkan hasilnya tidak sebeberapa. Malahan ada masanya ahli keluarga turut menanggung kerugian dan kekecewaan akibat mengejar hobi tanpa memikirkan risikonya.
Sebenarnya sebagai pemancing kita tidak boleh bersara begitu saja dari dunia memancing kerana ianya ibarat darah daging kita juga. Namun persoalannya, perlukah kita berkorban wang ringgit dan keperluan keluarga demi hobi ini. Seharusnya kita berusaha mencari satu jalan penyelesaian yg tidak merugikan sesiapa dlm mengejar keasyikan hobi ini.
Kepada semua pemancing dan yg baru dan ingin berjinak2 dgn hobi ini saya nasihatkan dengan perkara2 berikut:-
1) Dapatkanlah ilmu memancing yg baik dan sebanyak yg mungkin. Fokus pd teknik dan ilmu DIY atau do-it your self. Ini dpt menjimatkan. Ingat ilmu adalah senjata utama anda. Dgn ilmu yg baik anda akan beroleh hasil yg baik biarpun peralatan anda cap ayam saja.
2) Beli lah peralatan yg boleh digunakan secara all rounder. Peralatan yg boleh digunakan utk hampir setiap jenis teknik pancingan baik di air tawar atau masin. Adalah tidak berbaloi utk membeli peralatan yg menjurus kpd satu teknik sahaja sdgkan akhirnya ia menjadi gajah putih sahaja.
3) Jangan jadi pemancing yg fanatik pd sesuatu jenama hingga tidak dpt membezakan kelemahan dan kekuatan sesuatu jenama terutamanya apabila akhirnya anda gagal utk mengusai peralatan jenama tersebut. Buatlah research ataupun penyelidikan sebelum melabur pd sesuatu jenama yg anda inginkan.
4) Jangan ambil peduli dgn apa yang orang kata tentang peralatan anda yg cap ayam kerana yg berjenama pun belum tentu mendtgkan hasil. Hormatilah peralatan anda dan ia akan berbakti dgn baik pd anda.
5) Kuasailah dan kenali lah kelemahan dan kekuatan peralatan anda dgn sebaik2nya kerana sekiranya anda gagal menguasai peralatan anda bererti anda membuang masa dan wang ringgit.
6) Kuasailah dan belajar cara terbaik dan mudah utk mencari umpan anda. Ianya amat menjimatkan.
7) Carilah teman memancing yg baik dan boleh diharapkan kerana dunia memancing memerlukan team work, kerjasama dan toleransi utk menjayakan sesuatu trip.
8) Buatlah perancangan yg baik, terutamanya dari segi bajet dan kedudukan kewangan anda sebelum bercadang utk sesuatu trip yg jauh dan memakan masa berhari2.
9) Belajarlah menghormati alam semulajadi. Jika anda menghormati nya , ia akan berbakti kepada anda dgn hasilnya.
10) Hormatilah diri kita sebagai pemancing dan sesama pemancing yg lain kerana didunia memancing kita sama saja, cuma pengalaman dan ilmu yg memisahkan, tapi rezeki tidak mengenal samada anda otai ataupun newbies.
Salam hormat dan selamat memancing.
No comments:
Post a Comment