Blog yang padat dengan petua, rahsia dan helah memancing ikan dan udang galah paling mudah,murah, do-it yourself dan berkesan bagi mereka yang benar-benar gila memancing.
Thursday, November 7, 2013
Perambut udang galah
Perambut udang galah tidak saperti perambut memancing ikan. Sebaliknya perambut udang galah hanya mempunyai perambut mata kail sahaja. Biasanya ladung yang digunakan adalah dari jenis ladung hidup yang dipasang terus pada tali utama dan diakhiri dengan swivel sebagai " stopper " untuk ladung. Ladung hidup memudahkan tali ditarik keluar ketika udang memakan umpan tanpa sebarang rasa rintangan.Tabiat udang memakan umpan dengan menarik umpan menggunakan kepit/sepitnya kemulutnya. Tabiat ini lah yang selalunya menghampakan pemancing kerana disangka kan udang sudah memakan umpan tapi sebenarnya udang baru sahaja menarik umpan dengan kepitnya. Jika di sentak pancing ketika itu maka melepas lah udang.
Perambut mata kail pula diikat terus pada swivel. Perambut mata kail memainkan peranan yang penting dalam menentukan kejayaan anda. Faktor2 berikut biasanya banyak mempengaruhi perambut mata kail. 1)Panjang perambut mata kail. Biasanya panjang yang ideal adalah dalam lingkungan 8 - 10 inci. Jika pendek sangat udang galah yang besar jarang memakan umpan, sebaliknya lebih disukai oleh udang galah yang kecil dan sederhana.2) Perambut tidak boleh dibiarkan berbelit atau bergulung kerana ini akan membuatkan udang galah tidak mahu menjamah umpan. Pastikan perambut udang lurus dan cantik, gantikan jika ianya terbelit atau bergulung. 3) Semasa mencangkuk umpan pastikan umpan memenuhi mata kail sepenuhnya, hanya biarkan hujung mata kail yang tajam itu sahaja yang kelihatan terkeluar sedikit. Biasanya udang memakan umpan dari hujung mata kail, bukannya dari tepi ataupun menelan sekaligus saperti ikan.
No comments:
Post a Comment