Monday, December 28, 2009

Teknik memancing - 2

Untuk memastikan peluang yang baik, ketika air mulai pasang pemancing hendaklah melempar umpan sejauh yang mungkin kearah arus yang sedang bergerak ketepian pantai. Ketika air sudah mulai penuh hampir kepantai, pemancing hendaklah mengubah srategi dengan melempar umpan lebih dekat kepantai kerana ikan sudah mulai bergerak masuk kedalam kawasan pantai. Ketika air sedang pasang penuh, lemparan umpan hendaklah di lakukan dikawasan dimana terdapat kawasan berbatu ditepian pantai disebabkan ikan sudah mulai relax dan mencari makan dikawsan berbatu.

Aktiviti pemburuan dan pesta memakan umpan oleh ikan akan terhenti ketika air pasang sudah cukup penuh. Ianya akan bermula semula apabila air bergerak untuk kembali surut. Ketika air sudah penuh persiapkan lah umpan hidup yang terbaik. Apabila air menjadi tenang, sunyi dan tiada kelihatan sebarang arus bergerak itu menandakan yang air akan berubah untuk bergerak menjadi surut. Pada ketika lemparlah umpan hidup anda. Ini lah masa yang paling terbaik untuk anda memancing ikan pemangsa, disebabkan tabiat ikan pemangsa yang akan mengambil peluang membuat pemburuan terlebih dahulu sebelum anak-anak ikan tersedar dengan perubahan air ini. Malahan ikan -ikan pemangsa mempunyai banyak peluang menanti kedatangan ikan kecil yang berenang keluar kembali ketengah laut sewaktu air sedang surut.

Waktu - waktu terbaik untuk melemparkan umpan mencari ikan pemangsa ialah sewaktu air berbunga pasang ( anggaran 2 jam sebelum pasang penuh ), sewaktu air hendak berubah dari pasang ke surut dan sewaktu air sudah surut habis( anggaran 2 jam sesudah air mulai surut )

Teknik memancing

Teknik memancing yang baik adalah dengan membaling umpan dikawasan pertembungan arus air sejuk dan panas. Aliran pertembungan air ini menjadi laluan ikan-ikan kecil mencari makan, diikuti dibawahnya dengan ikan-ikan bersaiz sederhana dan besar yang memburu ikan kecil.Pada waktu air penghulu atau yang berarus sederhana sapertimana yang diterangkan pada artikel pasang surut air, untuk menjejaki aliran arus ini amat mudah. Arus ini kelihatan saperti jaluran air yang berlainan warna, bentuk dan kelajuannya. Jika diperhatikan betul-betul akan kelihatan banyak anak-anak ikan kecil berlarian dan berlompatan dipermukaannya.Kehadiran benda hanyut saperti rumpai laut dan obor2 juga menandakan kehadiran arus yang baik. Dibawah jaluran arus ini lah biasanya terdapat ikan pemangsa yang menghendap, memburu dan menanti peluang menangkap mangsa. Kadangkala aliran arus ini jauh di tengah, namun ianya sentiasa melencung dekat ditepian pantai sekiranya arus tersebut melalui kawasan yang bertanjung, berbatu, berkarangan ataupun kuala tempat aliran air sejuk keluar.
Arah aliran jaluran arus ini bergantung juga kepada faktor kedalaman sesuatu tempat itu. Ianya akan jauh dari pantai dikawasan yang mempunyai beting pasir, akan tetapi lebih dekat dengan pantai sekiranya ada kawasan saperti parit yang dalam dikawasan pantai.

Pasang surut air

Pasang surut air dipengaruhi oleh peredaran bulan dan matahari. Kalendar cina dan kalendar islam yang berasaskan kepada peredaran bulan adalah tepat untuk dijadikan rujukan pasang surut air. Biasanya haribulan yang baik untuk memancing tepian pantai adalah ketika air pasang tinggi yang pertama iaitu pada 13 haribulan hingga ke 17 haribulan. biasanya diwaktu ini bulan penuh akan kelihatan dilangit diwaktu malam. Pada hari-hari ini air pasang tinggi dan arusnya deras. Biasanya air akan pasang mulai pagi dan surut diwaktu petang. Pada waktu air pasang begini banyak ikan kecil,sederhana dan besar memburu mangsa hampir ketepi pantai.

Seterusnya pada 29 haribulan hingga ke 3 haribulan air pasang penuh kali kedua akan berlaku, biasanya air diwaktu begini akan pasang dengan lebih tinggi dan arusnya amat deras. Bulan tidak akan kelihatan disebabkan dilindungi bumi. Air surut juga amat jauh sehinggakan kita dapat melihat pantai jauh ketengah laut. Senario ikan memburu umpan adalah sama saperti air pasang tinggi yang mula pertama.

Pada 4 haribulan hingga ke 9 haribulan dan pada 18 haribulan hingga ke 22 haribulan. Hari-hari ini di panggil air mati. Ianya digelar air mati kerana aktiviti pasang surut air amat sedikit, malahan arus air menjadi sangat-sangat perlahan. Diketika ini senario ikan memburu umpan amat tidak meriah. Aktiviti memancing tidak sesuai ditepian pantai, sebaliknya amat sesuai ditengah laut, ditukun atau kapal tenggelam dalam ertikata lain laut dalam.

Seterusnya pada 10 haribulan ( juga dipanggil air penghulu )hingga ke 12 haribulan air mula berubah dengan arus yang sederhana dan pasang surut yang sederhana. Begitu juga dengan air pada 23 haribulan hingga ke 28 haribulan perubahan air adalah sederhana, dengan arus dan pasang surut air juga sederhana. Biasanya dikedua waktu ini air akan mulai pasang awal pagi secara perlahan-lahan dan surut diwaktu petang.
Hari-hari diwaktu begini adalah masa terbaik untuk memburu ikan pemangsa, selalunya ikan-ikan pemangsa yang besar sangat aktif memburu diwaktu begini.Umpan yang paling sesuai adalah sebarang umpan HIDUP.

Oleh itu biasakanlah memerhatikan anologi perubahan pasang surut air. Didalam buku ' Kitab Pemancing - Laut ' saya perincikan carta anologi ini serta pengaruhnya keatas ikan pemangsa.

Sunday, December 27, 2009

Peralatan Pemancing

Setiap pemancing harus lah mempunyai peralatan asas berikut didalam beg pemancing.
Mata Kail pelbagai saiz - kecil, sederhana dan besar.
Tali untuk membuat perambut - saiz 30 lb/ 40 lb
Ladung hidup dan mati ( fixed ) - saiz ringan, sederhana dan berat.
Kili ( swivel )- saiz kecil, sederhana dan besar.
Plier serbaguna bisanya untuk membuang duri ikan berbisa.
Alat menanggalkan mata kail dari mulut ikan jika mata pancing ditelan ikan. Alat ini boleh di buat sendiri. Diperincikan dalam buku " Kitab Pemancing - Laut'
Pisau lipat serbaguna ( multi purpose ) yang mempunyai kepelbagaian fungsi.
Batu asah bersaiz kecil untuk mengasah mata kail anda.
Gunting kecil, pemetik api ( lighter ) dan lampu suloh kecil.
Peralatan ini amat diperlukan setiap kali anda keluar memancing, adalah amat memalukan jika anda terpaksa memimjam dari orang lain. Tidak profesional.

Umpan - 2

Masalah yang selalunya dihadapai oleh setiap pemancing ialah untuk memburu spesis yang diidamkan ialah mengenal pasti umpan yang harus digunakan. Tabiat ikan pemangsa bergantung kepada pasang surut air, anak ikan pelagik yang biasa diburu dan dimakannya serta spesis ikan pelagik yang banyak ditempat tersebut. Tabiat menyambar umpan dibawah, dipertengahan atau di permukaan air juga harus diambil kira. Secara umumnya udang hidup bersaiz sederhana ( lebih kurang sebesar jari telunjuk ),anak ikan hidup saperti belanak, bolos, tamban dan selayang merupakan umpan yang harus ada didalam senarai anda. Adalah menjadi satu kelebihan untuk anda meninjau keadaan sekeliling peraiaran tempat anda memancing sebelum anada memburu spesis yang diidamkan.Kenal pasti ikan pelagik jenis apa yang banyak terdapat disitu. Kenal pasti juga corak pertembungan arus air bersuhu sejuk dan panas. Kenal pasti juga kawasan yang berlubuk dan mempunyai lopak-lopak yang dalam tempat persembunyian ikan pemangsa mengendap umpan.

Ingat carilah umpan anda sendiri. Jangan tumpang atau minta umpan orang lain. Bersikap profesional. Dalam buku ' Dairi Pemancing - Laut' saya perincikan cara mencari umpan yang mudah. Bagaimana untuk mencari anak ikan kecil, dijadikan umpan untuk menangkap ikan besar. Saya telah melalui situasi ini sebanyak dua kali dalam hidup saya.Ini adalah kisah benar saya. Senario nya begini... Senario pertama saya mencari seekor cacing dibawah batu, saya gunakan cacing tersebut untuk menangkap anak ikan bolos. Hari itu adalah rezeki saya dan dengan hanya seekor anak ikan bolos akhirnya saya berjaya mendaratkan pari seberat 6 kg. Senario kedua, seekor cacing juga saya gunakan untuk memancing anak ikan kecil dicelah batu sejenis ikan saperti ikan guppy air masin. Dengan anak ikan ini saya berjaya mendaratkan seekor siakap putih seberat 3.5 kg. Sebenarnya tiada apa yang mustahil, yang anda perlukan ialah sedikit usaha dan keyakinan. Renungkanlah.!!!!!!!

Wednesday, December 23, 2009

Umpan

Umpan adalah bahan yang digunakan dimata kail untuk mengumpan ikan memakan kail. umpan terbahagi dua sahaja iaitu hidup atau mati. Kedua-dua jenis umpan ini ada kelebihannya yang tersendiri, bergantung kepada spesis yang hendak diburu. Umpan universal yang paling ampuh ialah anak udang hidup dan sotong hidup. Umpan ini sesuai untuk semua jenis ikan. Malangnya sotong hidup sukar didapati, jadi yang terbaik dan mudah didapati adalah anak udang hidup. Justru itu saya sarankan belajarlah menjala udang, ianya kemahiran yang tidak akan merugikan anda.
Anak ikan hidup saperti belanak,bolos, tamban dan selayang juga merupakan umpan-umpan kelas A, akan tetapi ianya terbatas kepada pemburuan ikan-ikan pemangsa.
Cacing dan perumpun merupakan umpan universal untuk spesis ikan yang makan didasar saperti gelama, sembilang,duri dan lain lain spesis yang kecil dan sederhana.
Saranan saya pelajarilah teknik mencari dan mencangkuk umpan serta umpan apa yang sesuai untuk ikan yang diburu.
Umpan mati, biasanya adalah hirisan daging ikan, sotong atau udang. Ianya amat berkesan pada waktu malam jika ianya masih segar disebabkan baunya yang kuat. Sotong mati masih mengeluarkan cahaya sekiranya ia masih segar. Saranan saya adalah belajarlah mencari umpan sendiri, kerana pemancing yang beretika dan profesional mencari umpannya sendiri dan tidak menumpang umpan kawan atau orang lain.

Dalam buku ' Kitab Pemancing - Laut' saya berikan gambaran terperinci dan ilustrasi tentang teknik mencari umpan, mencangkuk umpan serta jenis-jenis umpan yang diperlukan untuk memancing spesis tertentu.

Ladung

Ladung adalah pemberat yang digunakan untuk menenggelamkan umpan serta meletakkan umpan tetap disatu tempat didasar air. ladung mempunyai berbagai-bagai saiz, biasanya ia bergantung kepada kekuatan aliran dan arus air. Ladung mati/tetap ialah ladung yang diikat mati/tetap diperambut. Ladung hidup adalah ladung yang mempunyai lubang dikedua-dua bahagian tengahnya yang memudahkan tali bergerak keatas dan kebawah, biasanya digunakan untuk menangkap ikan yang pemalu. Ladung kapit biasanya sangat kecil, selalu digunakan untuk pemberat umpan menggunakan pelampung.
Saranan saya adalah sediakan beberapa jenis ladung-ladung ini kerana teknik dan strategi memancing memerlukan kepelbagaian ladung-ladung ini.Perlu diingatkan ladung ibarat senjata makan tuan, ada masanya ia adalah penyebab utama tali anda sangkut.

Dalam buku 'kitab Pemancing - Laut' saya berikan ilustri tentang bagaimana mengikat dan memasang ladung-ladung ini supaya ianya dapat memberikan kesan yang maksimum. Saya juga akan berikan alternatif lain yang boleh anda buat sebagai ladung.

Simpulan / Ikatan

Simpulan atau ikatan merupakan faktor yang amat penting dalam memancing. Kepandaian dalam membuat simpulan atau ikatan dapat memastikan kejayaan anda mendaratkan ikan. Pelajarilah simpulan atau ikatan yang mudah tetapi kuat supaya anda tidak kecewa. Perlu diingat setiap simpulan atau ikatan jika hendak diketatkan hendaklah dibasahi dengan air dulu, supaya simpulan mudah diketatkan dengan sempurna. Ianya juga dapat melegakan tali dari geseran yang akan melemahkan ikatan. Tali yang tidak sempurna ikatannya mudah terurai didalam air. Sebagai pemancing adalah wajib bagi anda mempelajari beberapa jenis simpulan atau ikatan.

Didalam buku ' Kitab Pemancing - Laut ' saya lukiskan beberapa gambarajah simpulan dan ikatan yang mudah, cepat, dan berkesan untuk dipelajari sebagai seorang pemancing.

Kekili ( reel )

Fungsi utama kekili adalah untuk menggulung dan menyimpan tali dengan kemas. Kekili juga direka dengan fungsi sistem daya seretan ( drag ) sewaktu ikan melarikan umpan bagi melemahkan tenaga ikan. Sistem ini amat berkesan untuk melemahkan ikan. Kebijaksanaan anda dalam menggunakannya beerti peluang anda untuk memenangi pertarungan adalah cerah. Kekili ada 2 jenis iaitu multiplier dan spinning atau lebih dikenali umum dengan mesin atas ( multiplier ) dan mesin bawah ( spinning).
Kedua-dua kekili mempunyai buruk dan baiknya.
Kekili multiplier mempunyai sistem enko dan drag yang mudah dikendalikan.Ianya mampu memberikan lontaran jauh atau dekat yang boleh dikawal jaraknya serta tepat. Kelemahannya ialah tali mudah berpintal dan tersimpul ketika membuat balingan sekiranya tidak berhati-hati, terutamanya diwaktu malam. Pada saya kekili multiplier adalah yang yang terbaik sewaktu bertarung dengan ikan disebabkan kedudukan sistem drag nya yang dekat dengan enko, malahan kedudukannya yang diatas memberikan lebih banyak daya serapan dialihkan kepada lenturan joran.
Kekili spinning mudah digunakan dan tidak akan mengusutkan tali sewaktu melakukan balingan, cuma jarak dan ketetapan balingan tidak dapat dikawal sepenuhnya. Ketika bertarung kawalan menjadi agak lambat disebabkan sistem drag nya yang terletak samada didepan spool ataupun dibelakang spool, jauh dari enko.Sebenarnya kekili spinning yang mempunyai sistem drag dihadapan spool adalah yang terbaik berbanding dengan yang terletak dibelakang. Sistem drag hadapan spool berfungsi secara terus dengan spool, sedangkan sistem dibelakang bersambung dengan gear yang kecil keluasan drag nya.Kedudukannya yang dibawah tidak membenarkan joran menyerap daya bebanan dengan efisien oleh kerana tali tergantung dicincin joran.
Walau bagaimana pun saranan saya ialah belajar dan mahirkanlah cara menggunakan kedua-dua model kekili ini, disebabkan anda memerlukan kedua-duanya jika anda ingin menjadi seorang pemancing yang 'hardcore' dan profesional.

Didalam buku ' Kitab Pemancing - Laut ' saya perincikan kelebihan kekili, bagaimana mengguna dan menjaganya supaya sentiasa efisien. Saya juga sertakan illlustri perkara-perkara yang perlu anda ambil berat tentang kekili, servis dan pembaikan mudah.

Joran

Joran yang baik adalah joran yang mempunyai keanjalan mudah lentur maksimum sehingga ke 3/4 panjangnya keseluruhannya.Joran dibahagi kepada 3 kelas aksi, iaitu berat, sederhana dan ringan.Biasanya joran aksi sederhana menjadi pilihan utama kerana ianya sesuai untuk pelbagai jenis ikan. Pilih lah joran yang mempunyai daya ketahanan lentur yang lembut dan menyeluruh kerana joran saperti ini dapat menyerap tenaga ikan yang bertarung dengan lebih efisien. Pilih joran yang mempunyai jalinan cincin yang berkaki satu, kerana cincin berkaki satu berupaya memberikan ruang yang lebih baik untuk joran melentur dengan lebih fleksibel. Panjang atau pendek joran bergantung kepada pilihan anda, biasanya panjang untuk pantai, pendek untuk ditengah laut. Joran adalah penyerap tenaga utama ikan sewaktu bertarung, oleh itu pilihlah joran dengan sebaik-baiknya, tidak semestinya yang mahal. Pilihan saya adalah joran beraksi ringan, biasanya cincin nya saya atur dan pasang sendiri. Saya lebih meminati joran aksi ringan ini disebabkan ianya lebih memberi cabaran dan kejutan sewaktu bertarung.

Didalam buku 'Kitab Pemancing - Laut' saya perincikan tentang kekuatan dan kelemahan joran, buat dan jangan buat serta illustrasi bagaimana membaiki dan memasang cincin pada joran anda.

Kili ( swivel )

Alat yang menjadi penyambung utama diantara perambut dan tali utama. Ia direka agar boleh berpusing bagi memastikan perambut dan tali utama sentiasa didalam keadaan lurus. Ianya juga digunakan oleh pemancing pada tali umpan bagi memastikan tali tidak berputar ketika umpan dilarikan ikan. Kegunaan kili sebenarnya adalah untuk memastikan menghindarkan tali dari berputar dan merosakannya. Biasanya kili dibuat dengan fungsi 'snap lock' agar ianya mudah dipasang dan ditanggalkan. Saranan saya ialah pilih kili yang bersaiz no 4 hingga no 6. Sebaik-baiknya berwarna hitam. Kili yang berwarna cerah dan berkilat akan mengundang ikan pemangsa untuk memutuskan tali utama kerana disangkakan anak ikan, terutamanya ikan buntal. Jika anda biasa memancing ikan gelama, anda tentu akan merasa amat kecewa jika perambut umpan anda tidak menggunakan kili kerana ikan gelama suka memusingkan tali sehingga menjadi berpintal-pintal.

Dalam buku ' Kitab Pemancing - Laut' saya perincikan tentang pilihan kili yang baik serta kegunaannya yang lain.

Tali pancing

Merupakan senjata kedua yang menentukan kalah atau menangnya pertarungan. Tali yang baik mempunyai keanjalan yang dapat menerima beban dan menyerap sentakan serta larian ikan. Biasanya tali ini adalah dari jenis monofilament. Tali hendaklah mempunyai ciri-ciri tahan geseran,lembut dan mudah untuk dibuat simpulan. Tali juga mempunyai berbagai saiz ketahanan beban, biasanya daya ketahanan yang bersaiz 15 lb hingga ke 60 lb yang menjadi pilihan. Pilihan saya biasanya tali yang bersaiz 20lb kerana ianya dapat memenuhi gegelung kekili yang bersaiz kecil dan sederhana dengan lebih panjang. Malahan ianya senang dikendalikan dan cukup kuat untuk menyerap larian serta sentakan ikan.Tali yang panjang adalah satu kelebihan kepada kepada pemancing sewaktu bertarung kerana ikan akan cepat kehabisan tenaga jika dibiarkan lari sejauh mungkin sewaktu daya seretan ( drag )kekili anda berfungsi sepenuhnya, dan joran anda pula melentur menyerap daya larian tersebut. Jika anda pernah bertarung dengan si ikan pari anda akan faham dengan apa yang saya maksudkan.

Satu jenis tali lagi ialah tali sulam ( braided lines ). Tali jenis ini mahal harganya, amat kuat malahan sukar untuk diputuskan.Biasanya tali ini menjadi pilihan pemancing yang suka menggunakan umpan tiruan. Kelemahan tali jenis ini ialah oleh kerana ia mempunyai daya tahan geseran yang kuat, ia berupaya untuk mencalar dan merosakan cincin di joran anda. Ia juga memberi banyak masalah sekiranya tali anda tersangkut disebabkan sukar untuk diputuskan. Saya sebenarnya tidak gemar menggunakan tali jenis ini disebabkan ianya terlalu lembut dan ringan, sukar untuk diurai sekiranya tersimpul dan ianya timbul diatas permukaan air.

Dalam buku ' Kitab Pemancing - Laut' saya perincikan bagaimana cara memilih tali dan juga illustrasi bersangkutan dengan cara mengikat perambut serapan dan cara mengikat keseimbangan tali.

Tuesday, December 22, 2009

Mata kail

Merupakan senjata utama pemancing. Ada pelbagai saiz, bentuk dan kualiti bahan yang digunakan.Bentuk mata kail yang paling efektif tidak memudaratkan ikan malah mudah untuk melepaskan ikan ( catch & release )adalah mata kail yang berbentuk bulat ( circular hook ). Saiz mata kail adalah diukur pada keluasan saiz mulut ikan. Pemancing wajib menyediakan tiga saiz mata kail yang berlainan iaitu saiz no 8 hingga no 10 untuk mulut ikan bersaiz kecil, saiz no 2 hingga no 4 untuk yang bermulut saiz sederhana dan saiz no 1/0 hingga 3/0 untuk ikan bermulut besar. Biasanya saya menggunakan dua mata kail bertindan disatu perambut mata kail saiz 1/0 atau 2/0 untuk umpan hidup saperti udang dan anak ikan bagi memburu ikan pemangsa yang bersaiz besar.

Kualiti mata kail yang saya gunakan biasanya dari jenis stainless steel atau pun high carbon steel. Stainless steel boleh diasah dan tidak mudah patah sebaliknya boleh melentur. High carbon steel juga boleh diasah akan tetapi ianya mudah patah. Walau bagaimana pun faktor yang teramat penting ialah ketajaman mata kail anda. Pastikan ianya sentiasa tajam. Asah jika perlu dan ganti yang baru jika berkarat. Mata kail yang tajam dapat memastikan tusukan yang sempurna kemulut ikan bagi memastikan ikan tidak terlucut sewaktu meragut umpan.

Dalam buku 'Kitab Pemancing - Laut' saya perincikan dengan ilustrasi cara memilih dan mengikat mata kail yang terbaik.